Kerjaya Angel (penyanyi)

Angel ialah salah seorang ahli kumpulan Dolla sewaktu penubuhannya pada April 2019.[2] Selain beliau, ahli kumpulan lain terdiri daripada Wan Sabrina Wan Rusli (Sabronzo), Norsyasya Afiqah Shahrizal (Syasya) dan Tabitha Ariel Lam (Tabby). Mereka pada mulanya tidak mengenali antara satu sama lain dan hanya bertemu semasa sesi ujibakat pencarian kumpulan penyanyi wanita baharu yang diadakan oleh Universal Music Malaysia. Angel bersama rakan-rakan sekumpulannya meraih kejayaan komersial menerusi lagu sulung mereka, "Dolla Make You Wanna" yang dikeluarkan pada Mac 2020.[3]